📚 Kandungan (Contents)
PintarRPH Web Sekolah Rendah (KSSR) · Sekolah Menengah (KSSM)
Documentation Getting Started Quickstart

Quickstart

Panduan Permulaan PintarRPH Web

Panduan ringkas untuk dua tugas pertama anda di PintarRPH:

  • Bahagian A — RPH Pertama Anda (5 langkah, ~20 minit)
  • Bahagian B — RPM Pertama Anda (3 langkah, ~10 minit)

URL aplikasi: https://pintarrph.com
Portal lesen: https://rsautomation.my
Guru Prasekolah: Lihat Nota Khusus Prasekolah di bawah — antara muka anda sedikit berbeza.


Sebelum Mula — 2 Perkara Penting

  1. Lesen aktif — Daftar & beli di rsautomation.my. Bayar melalui ToyyibPay (FPX, kad, e-wallet). Lesen dipautkan terus ke akaun anda — tiada kunci untuk dimasukkan.
  2. (Pilihan) Kunci API Gemini — Sistem termasuk LLM terbina; tiada kunci diperlukan untuk mula. Jika anda mahu gunakan kunci peribadi, lawati aistudio.google.com/app/apikey dan tetapkan di Tetapan → Kunci API Gemini. Lihat GEMINI_API_SETUP.md.

Log masuk ke pintarrph.com menggunakan kredensial yang sama dengan portal lesen.


Bahagian A — RPH Pertama Anda

Papan Pemuka memaparkan Senarai Semakan dengan 5 langkah ini. Selesaikan ikut urutan.

Langkah 1 — Lengkapkan Profil Guru

Tetapan → Profil Guru (atau klik kad "Lengkapkan Profil" di Papan Pemuka)

  1. Masukkan Nama Guru dan Nama Sekolah (huruf besar untuk rupa rasmi).
  2. Muat naik Logo Sekolah (JPG/PNG, pilihan).
  3. Klik Simpan Profil.

Profil ini akan muncul di header setiap dokumen Word RPH/RPT yang dijana.

Langkah 2 — Tetapkan Kunci Gemini API (Pilihan)

Tetapan → Kunci API Gemini

  1. Sistem sudah ada LLM terbina — penjanaan berfungsi tanpa kunci. Tampal kunci API anda ke dalam Slot 1 (Jana RPH) hanya jika anda mahu gunakan kunci peribadi.
  2. Slot kosong akan secara automatik guna Slot 1 sebagai sandaran.
  3. Klik Simpan Kunci.
  4. (Pilihan) Tampal kunci berbeza ke Slot 2–5 untuk elakkan kuota dikongsi.
Slot Untuk Ciri
1 Jana RPH (sandaran utama)
2 Jana RPH (Pilihan Tajuk)
3 Jana RPT
4 Ekstrak BukuText & SK/SP
5 Muat Naik Kalendar

Kunci 1 & 2 ada fallback automatik — jika Slot 1 mencapai had, sistem cuba Slot 2 secara senyap.

Langkah 3 — Tetapkan Jadual Waktu Mengajar

Sidebar → 1 Jadual Waktu Mengajar → Tetapkan Jadual

  1. Pilih Kumpulan:
    - Kumpulan A — Kedah, Kelantan, Terengganu (cuti Jumaat–Sabtu)
    - Kumpulan B — Negeri lain (cuti Sabtu–Ahad)
  2. Tetapkan masa waktu sesi pagi/petang (cth. Waktu 1 mula 7:30 pagi).
  3. Tambah slot mengajar untuk setiap hari:
    - Pilih hari, subjek, tahun/tingkatan, nama kelas (cth. 4A, 5 Bestari), nombor waktu.
    - Gunakan Tetapan Pukal untuk salin templat ke beberapa kelas sekaligus.
  4. Klik Simpan Jadual.

Apa yang berlaku automatik:
- Kalendar akademik untuk Kumpulan anda disalin ke akaun (cuti umum + cuti khusus Kumpulan).
- Hanya subjek dalam jadual akan muncul dalam borang Jana RPT/RPH.

Tiada PDF DSKP atau buku teks perlu dimuat naik — kandungan untuk semua subjek yang disokong sudah dibundle di server.

Langkah 4 — Jana RPT (Rancangan Tahunan)

Sidebar → 2 Jana AI → Jana RPT

RPT mesti dijana dahulu sebelum RPH boleh dijana untuk subjek itu.

  1. Pilih Subjek, Tahun/Tingkatan, Tahun Kalendar.
  2. Klik Jana RPT.
  3. Tunggu 2–5 minit (sistem 6 ejen AI: WeekContent, SKSP, ElementLibrary, ElementAssignment, Validation, Formatter).
  4. Skor kualiti (0–100) dipaparkan secara automatik.
  5. Muat turun sebagai Word (format V2 — susun atur 3 lajur) atau JSON.

Untuk BI / PI / ARAB, pengagih berasaskan tajuk akan tetapkan kod tajuk DSKP per minggu mengikut slot jadual anda. PI termasuk Topik 1.0, 7.0, 8.0 TASMIK setiap minggu secara automatik.

Langkah 5 — Jana RPH (Rancangan Mingguan)

Sidebar → 2 Jana AI → Jana RPH

  1. Pilih Subjek, Tahun/Tingkatan, Minggu.
    - Sistem auto-pilih minggu mengajar berikutnya — tidak perlu cari secara manual.
  2. Pilih Strategi PAK21 (WAJIB — 15 strategi tersedia).
  3. Pilih Tarikh Mengajar (hari cuti dipaparkan tetapi tidak boleh dipilih).
  4. (Pilihan) Tambah Refleksi Guru dari minggu sebelumnya — AI akan ambil kira semasa menjana.
  5. Klik Jana.
  6. Tunggu 1–3 minit (7 ejen: WeekData, DateMapper, ContentPrep, ActivityGen, Differentiation, Formatter, Validation).
  7. Muat turun Word atau JSON.

Selepas RPH siap, ada 3 ciri tambahan automatik:
- Cadangan BBM dengan gambar — bahan bantu mengajar yang relevan
- Impak Pembelajaran per objektif — isi Menguasai / Jumlah murid bagi setiap objektif; sistem auto-tulis refleksi profesional dan suap balik ke penjanaan minggu hadapan untuk RPH adaptif
- Hantar untuk Semakan — hantar RPH kepada Guru Besar melalui PintarSekolah (jika sekolah anda dipautkan)

Untuk PJPK, BI, PI, ARAB: Gunakan Jana RPH (Pilihan Tajuk) untuk tetapkan kod tajuk per hari secara manual, atau pilih komponen PJ/PK per slot. PJPK mesti guna mod ini. Lihat USER_GUIDE.md.


Bahagian B — RPM Pertama Anda

Untuk merekod prestasi murid (PBD) dan melihat Rekod Perkembangan Murid (RPM), anda perlu Senarai Murid dahulu.

Cari "Senarai Murid"? Ia berada di bar atas (top bar) di sebelah kanan, bukan di sidebar utama. Klik ikon kumpulan murid berlabel "Senarai Murid".

Langkah 6 — Buat Senarai Murid

Bar Atas → Senarai Murid → Tambah Senarai

  1. Pilih Subjek, Tahun/Tingkatan, Nama Kelas (auto-cadang dari Jadual anda).
  2. Klik Buat Senarai — kad senarai akan muncul.
  3. Klik kad senarai untuk masuk ke halaman terperinci.

Tambah nama murid (3 cara):

Kaedah Bila digunakan
Tambah Murid (manual) Untuk segelintir murid; isi Nama, No. IC/MyKid (pilihan), No. Pendaftaran (pilihan)
Import Excel/CSV Untuk seluruh kelas — muat turun templat, isi, muat naik
Segerak PintarSekolah Jika sekolah dipautkan dengan PIN — senarai ditarik automatik

Tip: No. IC / MyKid bersifat pilihan tetapi disyorkan kerana ia membolehkan pautan silang dengan PintarSekolah dan PintarPelajar (akses ibu bapa/pelajar).

Langkah 7 — Rekod PBD

Sidebar → 4 Pentaksiran & PBD → Rekod PBD

  1. Pilih Senarai Murid dan Tarikh.
  2. Pilih Subjek.
  3. Klik lencana "Cadangan SP dari RPH" untuk auto-isi kod SP yang diajar pada hari itu (jika RPH sudah dijana).
  4. Bagi setiap murid, tetapkan Tahap Penguasaan (TP1–TP6) untuk setiap kod SP.
  5. Rekod tersimpan automatik. Boleh kemaskini bila-bila masa.

Langkah 8 — Lihat RPM

Sidebar → 4 Pentaksiran & PBD → RPM (Rekod Perkembangan)

  1. Pilih kelas dan tempoh laporan.
  2. Lihat matriks TP per murid × SP merentas subjek.
  3. Eksport untuk perjumpaan ibu bapa atau laporan sekolah.

Pintasan tambahan dari RPM:
- Klik nama murid → Profil Murid dengan tahap lemah disorot
- Pada SP lemah (TP1–TP2), klik "Jana Cadangan AI" untuk dapat cadangan aktiviti pemulihan


Nota Khusus Prasekolah

Jika anda memegang lesen PRA (Prasekolah, RM89/tahun), antara muka akan menyesuaikan diri secara automatik:

Anda akan lihat Bukannya
Umur (4, 5, 6) Tahun / Tingkatan
RPM Prasekolah + Laporan Perkembangan RPM (Rekod Perkembangan)
DSKP Prasekolah Katalog Buku Teks
Subjek = 11 Fokus KP2026 Subjek KSSR/KSSM

11 Fokus KP2026 yang disokong: BM (Bahasa Melayu) · BI (Bahasa Inggeris) · BC (Bahasa Cina) · BT (Bahasa Tamil) · PI (Pendidikan Islam) · PM (Pendidikan Moral) · PK (Pendidikan Kewarganegaraan) · FK (Fizikal & Kesejahteraan) · SE (Sosioemosi) · KO (Kognitif) · KE (Kreativiti & Estetika)

Tiada di bar atas (PRA): JSU, Soalan, Markah Ujian, Laporan Pentaksiran — kerana prasekolah tidak ada peperiksaan formal.

Aliran asas adalah sama: Profil → Jadual → Jana RPT → Jana RPH → Senarai Murid → Rekod PBD → RPM Prasekolah. (Kunci Gemini adalah pilihan — sistem ada LLM terbina.)


Pasang sebagai Aplikasi (PWA)

Anda boleh pasang PintarRPH pada telefon atau komputer untuk akses lebih cepat.

Peranti Cara
Android (Chrome) Buka pintarrph.com → menu 3 titik → "Pasang aplikasi"
iPhone / iPad (Safari) Buka pintarrph.com → butang Kongsi → "Tambah ke Skrin Utama"
Komputer (Chrome / Edge) Klik ikon Pasang di sebelah kanan bar URL

Selepas dipasang, ikon PintarRPH muncul di skrin utama anda. Caching offline asas tersedia untuk halaman yang pernah dimuat — penjanaan AI tetap memerlukan internet.


Apa Lagi Selepas Ini?

Setelah RPH dan RPM pertama siap, ciri-ciri ini berguna untuk operasi harian. Lihat USER_GUIDE.md untuk panduan penuh:

Ciri Lokasi Tujuan
Pemulihan & Pengayaan (BETA) Sidebar → 4 Pentaksiran Lembaran kerja terbeza berdasarkan TP murid
AI Content Studio Sidebar → 3 AI Content Studio Sembang dengan AI untuk idea kandungan
Semakan RPH Sidebar → PintarSekolah Hantar RPH untuk semakan Guru Besar
Jemput Guru Besar Sidebar → PintarSekolah Hantar pautan jemputan untuk daftar sekolah
Jana JSU & Soalan (BETA) Bar Atas Janakan kertas peperiksaan format KPM
Markah Ujian (BETA) Bar Atas Rekod markah ujian per murid
Laporan Pentaksiran (BETA) Bar Atas Laporan pentaksiran format PPT
Bank Soalan Bar Atas Layari & kongsi soalan komuniti
Bank Gambar Bar Atas Layari & kongsi gambar pengajaran
Fail Meja Tetapan → Profil Guru Janakan Fail Meja format KPM (DOCX)
Kalendar Lengkap Bar Atas Lihat kalendar akademik penuh dengan cuti

Had Penjanaan Harian

Ciri Had Harian Had Bulanan
RPT 20
RPH 20
JSU 5
Soalan 3 20
Pemulihan / Pengayaan 5 30

Had ditetap semula pada tengah malam (12:00 pagi). Ciri tanpa AI (lihat plan, eksport, urus jadual, rekod PBD) tiada had. Lihat FAIR_USAGE_POLICY.md.


Penyelesaian Masalah Pantas

Masalah Penyelesaian
Tidak boleh log masuk Sahkan kredensial di rsautomation.my; reset kata laluan jika perlu
Lesen tak aktif Semak status di portal pengguna
RPT cakap "prerequisites not met" Pastikan Jadual disimpan dan termasuk subjek itu
"Kalendar akademik tidak dijumpai" Pilih Kumpulan A/B di halaman Jadual dan simpan semula
Ralat kunci API Kunci API adalah pilihan. Jika diset, sahkan di Tetapan → Kunci API Gemini (mesti mula dengan "AIza")
Subjek tiada dalam senarai Jana RPT Tambah subjek itu dalam Jadual dahulu
Senarai Murid hilang Cari di bar atas (top bar) sebelah kanan, bukan sidebar

Ralat lain? Lihat USER_GUIDE.md.


Subjek yang Disokong (Ringkasan)

SR (KSSR, Tahun 1–6): BM, BI, MATE, SAINS, SEJ, MORAL, PJPK, PSV, MUZIK, RBT, ARAB, PI, PRA

SM (KSSM, Tingkatan 1–5): BM, BI, MAT, MATH, SAINS, SCI, SEJ, GEO, MORAL, RBT, ASK, PSV, MUZIK, PJPK, ADDMATH, BIO, CHEM, FIZIK, ADDSCI, ARAB, PI, HIFZ, MAHARAT, ALSYARIAH, USULUDIN, ALLUGHAH, PQAS, PSI, PI_AK, TASAWWUR, KEUSAHAWANAN, KESUS_BM, KESUS_BI, LK, PKE, PKM, SSEM_, MPV_ (22 subjek vokasional)

Tidak disokong: CINA, TAMIL, IBAN, KADAZAN, SEMAI

Senarai penuh & nota: LIMITATIONS.md


Bantuan


Selamat mengajar!

Last Updated: May 2026
Platform: Web (https://pintarrph.com)
PintarRPH Desktop Version: 2.48.3